Saturday, January 3, 2009

Chocolate Cakes





RESEPI DRP CARI.COM
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE - penerangan panjang lebar ni..
6 oz butter (170.1gm)14 oz gula castor (396.9 gm) - boleh kurangkan 12 oz je3 biji telur ayam
BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:
1 sudu teh NESCAFE1 sudu teh air panas1 sudu teh esen vanila - boleh tukar vanila kepada lemon / orange1 sudu teh chocolate EMULCO - selain emulco, boleh guna PASTE atau OIL.. perisa tu boleh je guna coklat or coffee atau mocca..
BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm) - boleh juga guna tepung gandum2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm) - guna yg non branded untuk warna kek yg kehitaman1/2 sudu teh garam1 sudu teh soda bicarbonate1 1/2 sudu teh baking powder
7 oz air sejuk - air dlm peti ais
CARA MEMBUATNYA:
GUNA MIXER FULL SPEED:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
PERINGKAT SETERUSNYA INI, SILA GUNAKAN SPATULA ATAU WHISKER - JGN GUNA MIXER LAGI (tu yg menyebabkan kek berkawah sebab kek berat, bila pukul laju2 dia merajuk..)
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan - KACAU PERLAHAN2 - SATU ARAH SAHAJA SAMPAI TEPUNG HILANG DARI PANDANGAN..5. Masukkan air sejuk sedikit2 sambil di gaul perlahan2
6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit. ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1 1/2 jam..
topping cekelat:300g cooking choc100ml susu cair
double boil dua2 bahan tue....dah cair, tutup api...baru masukkan 1 tbsp butter...kacau sampai sebati...buatla...kasi chocolate tu suam2 kuku skit baru tuang atas cake. kalau panas2 dia cair. bila kita kacau2 dia dia akan makin pekat. ikut la kita nak mcm mana kan, pekat or cair skit. takk..guna resepi yg sepupu saya kasik tuu..dah pernah tepek sebelum nie..kek nie kena simpan 2-3 hari baru syiokkk makan sebab baru terasa moistnya..

No comments: