Sunday, December 20, 2009

Awal Muharram 1431 H

Kesempatan cuti awal Muharram diambil untuk pulang ke Jasin Melaka semalam. Dapat juga lawat Atok Akob yang sedang sakit. Insaf rasanya bila ziarah orang sakit ni. Teringat kata2 rebutlah peluang sihat sebelum sakit untuk beramal & berbuat kebaikan. Moga beliau cepat sembuh. Beliau kena gout yang teruk hingga sukar bergerak.

2 Muharram - Berkesempatan pergi 3 kenduri kawin iaitu sepupu ayah di Taman Maju, kenduri di Air Molek Melaka dan kenduri adik lelaki CT.

3 Muharram - Berkelah & BBQ di Sungai Congkak. Air sungai sangat sejuk & menyegarkan. Antara menu disediakan- nasi lemak, sandwich mac kerel, BBQ-udang & kepak ayam, buah2an. Kena bayar rm 1 seorang untuk entrance dan rm2/kereta untuk parking. Semua adik beradik pi kecuali Aishah.


Azam tahun baru:
1- Hobi
2- Kewangan
3- Ibadat
4-

No comments: